Thursday, January 17, 2013

Foundation (Alas Bedak)


Foundation merupakan perkara penting dalam solekan supaya ia lebih tahan lama dan solekan nampak sempurna. Terdapat banyak jenis foundation untuk solekan dipasaran sekarang. Oleh itu, Qaseh ingin kongsikan jenis-jenis foundation disamping memberikan beberapa tip dan teknik penggunaannya agar solekan anda lebih menyerlahkan kecantikan seri wajah anda.


1. CREAMY
Foundation jenis ini mengandungi lebih banyak air, tahan lama, lebih tebal & mampu menyembunyikan masalah pd wajah seperti jerawat & parut. Creamy Foundation ini terdapat dalam 2jenis iaitu jenis padat dan jenis cecair relatif. Creamy jenis padat memerlukan pelempab yang lebih untuk meratakan foundation keseluruh wajah. manakala Creamy yang ceceair relatif pula lebih mudah untuk diaplikasikan.


2. LIQUID
Foundation jenis ini lebih popular penggunaannya sekarang ini dan banyak dipasaran kosmestik. Ini kerana Liquid foundation lebih mudah dan cepat dioleskan diwajah tanpa perlu diratakan banyak kali. Liquid foundation juga terbahagi kpd 2jenis iaitu :-

i- berminyak(oily) : cara penggunaannya, foundation ini akan diletakkan pada 5bahagian muka iaitu dahi, hidung, pipi kanan & kiri dan akhir pd dagu dengan hanya titikan sedikit sahaja barulah diratakan.

ii- Tidak berminyak (non oily) : Foundation ini lebih bersifat cepat kering jadi ia perlu dipakai dengan berhati-hati supaya solekan jadi tidak rata dan bertompok. Penggunanya dengan oleskan dari bahagian dahi terlebih dahulu kemudian turun ke hidung, pipi kanan, pipi kiri dan terus ke bahagian bawah hidung, dagu dan leher bahagian paling akhir sekali. Foundation mestilah diratakan mengikut arah tumbuhnya anak rambut. Non Oily Foundation sangat sesuai digunakan solekan harian kerana ia amat nipis pada kulit wajah.


3.  STICK
foundation ini mengandungi bahan seperti lilin jadi ia lebih tahan lama dan agak tebal penggunaannya. Penggunaanya dengan oleskan sedikit pada bahagian muka kemudian meratakan stick foundation menggunakan tangan sahaja keseluruh wajah dengan sempurna pada setiap bahagian. Stick foundation paling popular digunakan untuk solekan shooting, dinner dan wedding.


4. TWO-WAY CAKE / DUAL FINISH
Ia sangatlah senang didapati dimana-mana kedai dan sangat digemari kerana mudah dipakai dan lebih praktikal. Jika penggunaan sebagai foundation caranya dengan basahkan sedikit span dan sapukan kesluruh wajah. Jika mahu menngunakan Two-Way Cake sebagai bedak xperlu basahkan span. Ia juga sesuai untuk kegunaan harian kerana hanya tidak perlu membawa foundation yang lain lagi cukup hanya Two-Way cake di dalam beg.