SUSU IBU
Kebaikan SUSU ISU kepada IBU
v Penyususan SUSU IBU sepenuhnya boleh melewatkan kedatangan haid & dalam masa yang sama bleh merancang kehamilan
v Boleh melansingkan badan
v Membantu mengembalikan rahim ke saiz asal dengan lebih cepat
v Mengurangkan risiko barah buah dada & ovari.
Kebaikan SUSU IBU kepada BAYI
v SUSU IBU adalah makanan yang terbaik untuk BAYI kerana mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan BAYI semasa membesar.
v SUSU IBU khasnya KOLOSTRUM mengandungi bahan-bahan ANTIBODI yang boleh melindungi BAYI daripada jangkitan kuman & alahan seperti cirit-birit, bronkritis dan radang paru-paru.
v SUSU IBU juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut
v SUSU IBU mengandungi zat khusus yang penting untuk pertumbuhan otak BAYI.
v SUSU IBU mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dengan kaedah penyusuan lain.
v SUSU IBU boleh diperolah dengan mudah pada bila-bila masa.
v Memberikan BAYI keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukannya.
v Menjalinkan hubungan kasih saying yang lebih erat antara BAYI dan IBUnya, berbanding dengan cara penyusuan lain.