Friday, February 3, 2017

susu ibu terbaik

SUSU IBU




Kebaikan SUSU ISU kepada IBU

v  Penyususan SUSU IBU sepenuhnya boleh melewatkan kedatangan haid & dalam masa yang sama bleh merancang kehamilan

v  Boleh melansingkan badan

v  Membantu mengembalikan rahim ke saiz asal dengan lebih cepat

v  Mengurangkan risiko barah buah dada & ovari.



Kebaikan SUSU IBU kepada BAYI

v  SUSU IBU adalah makanan yang terbaik untuk BAYI kerana mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan BAYI semasa membesar.

v  SUSU IBU khasnya KOLOSTRUM mengandungi bahan-bahan ANTIBODI yang boleh melindungi BAYI daripada jangkitan kuman & alahan seperti cirit-birit, bronkritis dan radang paru-paru.

v  SUSU IBU juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut

v  SUSU IBU mengandungi zat khusus yang penting untuk pertumbuhan otak BAYI.

v  SUSU IBU mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dengan kaedah penyusuan lain.

v  SUSU IBU boleh diperolah dengan mudah pada bila-bila masa.

v  Memberikan BAYI keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukannya.

v  Menjalinkan hubungan kasih saying yang lebih erat antara BAYI dan IBUnya, berbanding dengan cara penyusuan lain.



No comments: